10/17/12
8 INSTANT MUMMY MOOD-FIXES THAT WILL TURN YOUR FROWN UPSIDE DOWN!!!!!
1. Treat Yourself – even the tiniest of things can instantly lift your mood. So today, if you don’t have time for a full-on pamper just wear your favourite outfit, paint your nails or even wear lipstick on the school run. If you feel a bit special, you’ll cheer yourself up instantly!
2. There’s a positive for every negative – Instead of dwelling on the negatives, come up with one thing that makes you happy. If you have time you can write these out or simply say one out loud each morning as a routine. Even text a friend asking for what makes her happy and get your daily fix!
3. Dance! Yes you might feel silly shimmying down the supermarket aisles, but when you get a minute at home, put some music on and get moving. The burst of energy will release feel-good hormones and doing something silly can help let go of those negative thoughts. Even get your little one involved to make a game out of it.
4. Cuddle Up. No matter what is getting you down, mums have at least one little instant mood-fixer to brighten them up. Regardless of how stressed you are, a quick kiss and a cuddle from your little one is sure to put a smile on your face and make you count your blessings.
5. Smile. It’s hard to smile when you’re feeling sad, but forcing yourself to smile soon gets you actually feeling positive. Practice smiling when you’re talking more or think back to a time when you absolutely couldn’t stop laughing and you’ll soon find yourself having a quick giggle.
6. Share the kindness - No matter how tired or stressed you feel today, try and make someone else’s day. This is a sure-fire way to make you feel fantastic and release endorphins. It can be as simple as smiling and greeting random people on the street, making a small donation to charity or just generally being nicer to those around you.
7. Reward Yourself - It’s difficult to find the time in the day, but if you get even five minutes to yourself today – make them count. Take a shower or bath (even in the morning the heat will help soothe you), call a friend for a very quick catch-up or just plan five minutes of me-time to motivate you through the day.
8. Eat Right – Often we find ourselves comfort eating to feel better and although a bit of chocolate as a treat is fine, over-eating is also a way to make us feel down. Instead try foods like blackberries, salmon, skimmed milk, bananas and oranges, which are all known stress-soothers and packed with vitamins that are also all good for your body too!
8/2/12
17 Ramadhan 1433H/2012M Nuzul Al-Quran
Pada 17 Ramadan 2012M ini, umat Islam memperingati tepat ulangtahun ke 1433 H Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M. Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat. Ia mempunyai ingatan dan pengajaran yang besar kepada kita pada hari ini, bahkan kepada kesemua bani insan hingga ke Hari Kiamat. Nuzul Quran bererti “Penurunan Al-Quran” oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril pada malam 17 Ramadan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah. Ketika nabi Muhammad saw sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah, datang Jibril menyampaikan 5 ayat pertama Surah Al-Alaq (Iqrak, bismirabbaikalladzi khalaq …) sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah yang terakhir dan Nabi Akhir Zaman.
Diantara pengajaran-pengajaran Nuzul Quran ialah :
(1) Allah swt memilih para rasulnya dikalangan mereka yang memiliki peribadi yang mulia. Jika kita hendak mewarisi peranan para Anbiyak ini, maka kita juga seharusnya memiliki akhlak yang luhur, keikhlasan yang tinggi dan ketabahan yang tidak berbelah bagi.
(2) Walaupun belum dipilih menjadi Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad saw telah dapat menilai keburukan tingkahlaku kaum Quraisy yang telah menjadi adat kebiasaan turun temurun seperti minum arak, zina, membunuh anak, riba, menipu dalam timbangan, menindas orang lain, membezakan manusia berdasarkan warna kulit dan sebagainya. Kesemua ini menyebabkan Baginda saw mengasingkan dirinya di Gua Hirak. Oleh itu diantara pra-syarat utama bagi seorang daie (pendakwah) ialah kebencian hatinya terhadap keruntuhan yang sedang berlaku didalam masyarakatnya, walaupun ianya telah nampak biasa dan menebal serta menjadi lumrah dalam masyarakat. Jahiliyah hari ini tidak kurang parahnya seperti arak, zina, buang anak, rasuah, kezaliman ke atas orang lain dan sebagainya. Persoalannya, adakah kesemua ini menyebabkan seseorang itu insaf keadaan tersebut, luluh hatinya mengenangkan nasib umatnya dan bertekad bersungguh-sungguh untuk merubah keadaan tersebut ?
Terdapat orang Melayu yang pilih untuk bertapa (mengasingkan diri didalam gua, hutan, pondok dll) untuk mencontohi Rasulullah saw bertapa di dalam Gua Hirak. Mereka tersilap. Mereka bertapa di tempat tersembunyi dan tidak nampak atau bergelumang dengan masyarakat, sedang dari Gua Hirak, Nabi Muhammad saw dapat melihat bandar Mekah (foto di atas), bahkan Masjidil Haram dan Kaabah (yang bercahaya terang di tengah-tengah foto) dengan jelas dan menyeluruh, merenung dan berfikir bagaimana untuk mengubah kaumnya. Setelah Nuzul Quran dan mendapat panduan Ilahi dalam berdakwah, Nabi saw berkerja keras siang malam dan bergelumang dalam mesyarakat, tidak naik lagi ke Gua Hirak. “Telah berlalu masa tidur wahai Khadijah”, kata Nabi saw kepada isterinya.
(3) Membaca atau “Iqrak” mempunyai peranan yang sangat penting kepada masyarakat Islam dan diantara sebab utama dalam merubah nasib mereka. Hampir ianya menjadi salah satu ciri umat di Barat yang memimpin dunia hari ini. Adapun di Dunia Islam, minat kepada membaca masih belum melata dan menebal.
(4) Betapa hebat dan kuatnya jiwa Rasulullah saw dalam bukan sahaja menerima ayat-ayat Al-Quran tetapi juga menerima bebanan Dakwah yang terkandung didalam ayat-ayat tersebut. Baginda saw hanya menggigil ketakutan tetapi tidak binasa jiwanya. Sekiranya pada malam itu Al-Quran diturunkan bukan kepada Baginda saw, tetapi kepada Gua Hirak atau Jabal Nur itu sendiri, nescaya akan pecah bukit tersebut lantaran tidak tertanggung amanah yang diberikan oleh Allah swt. “Kalau Kami turunkan Al-Quran ini keatas bukit, nescaya engkau akan melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Demikian perumpamaan Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir” (Al-Quran). Alangkah jauhnya ramai umat Islam zaman kini yang tidak membaca Al-Quran. Jika membacanya, ramai pula yang tidak memahaminya. Jika memahaminya, ramai pula yang tidak takut, tidak kecut, tidak mengigil kerana takut kepada Penurunnya dan kepada amanah-amanah yang terkandung didalamnya yang mesti dilaksanakan !!
(5) Tidak lengkap mengingati malam Nuzul Quran jika tidak menyebut nama Khadijah ra, isteri tersayang Rasulullah saw. Ketika Rasulullah saw mengigil ketakutan, Khadijah ra tenang lagi menenangkan suaminya !! “Aku takut akan diriku (akan ditimpa musibah dek jembalang tersebut)”, sabda Rasulullah saw, ketika menceritakan pertemuannya dengan makhluk yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. “Kalla !!! Ma yukhzikallahu abada !!!” (Sekali-kali tidak !!! Allah tidak akan membuat sesuatu yang buruk kepada kamu !!! Sesungguhnya engkau menghubungkan Silaturrahim, menyumbang kepada orang yang tidak mempunyai harta, memikul bebanan (orang yang memerlukan bantuan) … “, tegas Khadijah ra dengan penuh kasih sayang yang yakin akan latarbelakang suaminya yang bersih, tidak mungkin sebersih itu Allah swt akan mendatangkan suatu yang buruk kepada insan yang sebegitu dikenalinya. Rasulullah saw beriman dalam keadaan menggigil dan ketakutan yaitu ketika bertemu dengan Jibril. Khadijah ra pula beriman dalam keadaan kasih dan yakin yaitu ketika bertemu dan mendengar apa yang diceritakan oleh suaminya, Rasulullah saw. Khadijah bukan sahaja beriman tetapi menTasdiqkan imannya. Tasdik lebih tinggi dari Iman. Tasdiq ialah membenarkan kepercayaan (Iman) dengan amal perbuatan dan pengorbanan. Khadijah ra membenarkan Imannya dengan memberi dorongan kepada Rasulullah saw dalam berdakwah, menghulurkan harta kekayaannya demi kemajuan dan memberi lonjakan kepada Dakwah Islam lebih-lebih lagi di Tahun-tahun Pemboikotan yang zalim. Oleh itu Jibril telah memaklumkan kepada Rasulullah saw bahawa satu rumah di Syurga telah dibina untuk Khadijah ra. Nabi saw pula bersabda bermaksud, ‘Demi Allah !! Allah belum pernah menggantikan untuk aku isteri yang lebih baik dari Khadijah. Dia beriman kepada aku ketika manusia lain mengkufuri aku. Dia membenarkan aku ketika manusia lain membohongi aku dan tidak mempercayai risalah yang aku bawa. Dia memberi aku akan harta-hartanya ketika manusia lain mengenakan pemboikotan kepada aku …”. Selama 23 tahun Nabi saw berdakwah yang penuh dengan peperangan dan penekanan, namun hanya tahun kematian Khadijah ra Nabi menamakan tahun tersebut ‘Aam Al-Huzn’ (Tahun Kesedihan).
(6) Penurunan Wahyu dan berhubungnya Langit dengan bumi melalui perantaraan Wahyu adalah suatu nikmat yang hanya dirasai oleh para Sahabat ra dan mereka yang memahami Al-Quran dan merasai kemanisannya. Ummu Aiman adalah seorang sahabiah yang hidup panjang di zman Nabi saw dan Khulafak Rasyidin. Di zaman Khulafak Rasyidin, pada suatu hari para Sahabat ra melihat beliau menangis, lalu berkata, “Kenapa menangis wahai Ummu Aiman, bukankah Rasulullah saw kini berada ditempat yang lebih baik?”. Ummu Aiman ra menjawab, “Saya mengetahui bahawa Rasulullah saw kini berada di tempat yang lebih baik, tetapi yang menyebabkan saya menangis ialah kerana Wahyu kini telah terputus (tidak seperti di zaman Nabi saw masih hidup)”. Apakah nikmat yang lebih hebat dari menerima kalam Allah swt yang turun dari langit, menerang dan membimbing, menegur dan memberi amaran, mendidik dan menguatkan jiwa hingga mereka menjadi Khaira Ummah Ukhrijat linnas (Umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan untuk manusia). (rujuk kitab tafsir Fi Dzilalil Quran oleh Asy-Syahid Sayyid Qutb, surah Al-Alaq).
Tiada kesejahteraan dan kejayaan bagi masyarakat dunia dulu, kini dan akan datang melainkan hidup berpandukan Al-Quran yang diturunkan oleh Tuhan Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana. Itu adalah keyakinan orang-orang yang beriman. Bahkan itu adalah kesimpulan orang-orang yang berpengalaman melihat dan mengamati kesudahan mereka yang engkar dan membelakangi undang-undang Al-Quran samada dikalangan orang-orang kafir atau mereka yang mengaku Islam.“Berjalanlah kamu dimuka bumi dan lihatlah kesudahan orang-orang yang mendustakan (Al-Quran) …” (Al-Quran).
di petik dari www.inijalanku.wordpress.com
7/29/12
TEA PARTY BERSAMA PREMIUM BEAUTIFUL
Alhamdulillah..pada 24 Jun 2012 yang lepas, Tea Party Bersama Premium Beautiful berjaya kami laksanakan dengan jayanya, bertempat di No26, Lorong Simpor 6,Taman Trinora Kuching Sarawak.
sesi 'sharing' tentang kelebihan Premium Beautiful..bukan sahaja untuk kesihatan,tapi juga kecantikan
sesi 'sharing' testimonial pengguna-pengguna Premium Beautiful
ramai yang berminat tentang Premium Beautiful..penerangan lengkap oleh Dewi Nurhayatie Sulaiman, yang datang jauh dari Semenanjung.
baby Humairah pun turut beri sokongan pada ibu ; )
Insyirah sempat ambil gambar dengan auntie Dewi
(gambar tak clear)
Cupcake made by D'Honeyza cupcake. memang terbaik!! Fast service the cupcakes are so delicious.
Dari kiri: Aliffa Rafini, Shahneza Ahmad, Dewi Nurhayatie Sulaiman
InsyaAllah Tea Party untuk sesi kedua akan diadakan lagi kerana sesi pertama ramai yang ingin hadir tetapi terpaksa balik ke kampung..(seminggu sebelum puasa).
2nd session Tea Party is coming!!!!
7/22/12
Semoga Ramadhan kita melakukan yang terbaik pada kali ini..lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Untuk pengetahuan semua, saya menyediakan
- khidmat nasihat dan percubaan PERCUMA Premium Beautiful untuk kawasan sekitar Kuching, Kota
Samarahan, Sarawak dan kawasan berhampiran.
- khidmat nasihat dan percubaan PERCUMA Premium Beautiful untuk kawasan Sandakan dan Kota
Kinabalu , Sabah dengan kos penghantaran PERCUMA
- khidmat nasihat dan percubaan PERCUMA Premium Beautiful untuk Semenanjung Malaysia dengan
kos penghantaran PERCUMA.
Hubungi saya untuk tempahan dan maklumat lanjut.
3/23/12
GUANGZHOU OH GUANGZHOU!!!!
WOW!!! Tak sabar rasanya nak tunggu June 2012 untuk trip ke GUANGZHOU!!
Pernah dengar kan tempat bernama GUANGZHOU ni??
- bandar penuh cerita dan sejarah sejak 2800 tahun dahulu
- dinamakan FLOWER CITY disebabkan LONG SUMMER kat sana
- bandar penuh kehijauan dan bungaan sepanjang tahun!!
- tempat SHOPPING yang best!!!
GUANGZHOU pada waktu malam
GUANGZHOU OPERA HOUSE
Beautiful Night view - Guangzhou CantonTower
Guangzhou Teem Mall (shopping mall yg best!!)
Beijing Lu (tempat shopping)
Flowers bloom with a rush in Shanmian because of recent warmth.
Kepada rakan-rakan yang nak pegi trip ke GUANGZHOU ni dengan saya
-
-
secara PERCUMA
-
-
tiket flight dan hotel semua FREE
-
-
bawa duit untuk SHOPPING jerr
-
-
boleh bawa hubby masing2!!;-)
-
-
Join bulan ni dapat Premium Beautiful Corset FREE 1 set untuk diri sendiri
Bulan depan dapat bonus RM4500
Free Trip VIP ke Guangzhou on June 2012!!!
Jana side income (part time business) INSYAALLAH!!!
-
-
Pm or contact me 011-1202 9596
shazahra@yahoo.com
3/6/12
BERBAHAGIALAH MENJADI SEORANG IBU
Alhamdulillah sudah berada di minggu terakhir kehamilan. EDD adalah pada 11 March 2012 ini. Dalam kerisauan dan hati yang berdebar-debar,tiba-tiba teringat tentang kelahiran anak pertama ku..Syifa' Insyirah bt Khairul Fahmi.
Walaupun kelahirannya secara LCSC (secara pembedahan dalam bahasa mudah), aku bersyukur kerana melahirkan anak yang sihat, bijak, dan semakin matang dengan dunia sekelilingnya. Kesakitan selama 8 jam yang aku alami semasa kelahirannya terasa berbaloi kerana membuktikan aku sudah pun menjadi SEORANG IBU pada hari ini.
Khalifah Allah lahir pada 25 Julai 2009
Semoga hidupnya sentiasa mendapat rahmat Illahi |
Hadirnya dirimu memberi kebahagiaan kepada ayah dan ibu |
Thank ibu kerana mengandungkan dan melahirkan Syifa' Insyirah |
Semoga Insyirah menjadi anak yang solehah..Amiinn.. |
Macam ustazah pulak Syirah |
Jom ayah jalan-jalan |
Lepas dah bosan main itik, main panda plak.. |
Jom menari... |
Cantik tak gigi saya? |
Bakal pemimpin yang berfikiran jauh.. |
Inilah Insyirah pada hari ini..semakin dewasa walaupun pada usia 2 tahun 7 bulan
Insyirah..
Harapan ayah dan ibu supaya Insyirah dapat menjadi anak yang baik, solehah, taat pada perintah Allah, terhadap agama, ibubapa dan orang tua..Ayah dan ibu juga berdoa Insyirah dapat jadi orang yang berguna pada masa depan.
Semoga kelahiran anak kedua ini nanti akan membawa lagi sinar lebih kebahagiaan dalam hidup kami.
Kepada pembaca, anak itu merupakan anugerah yang terhebat dari Pencipta..maka kita sebagai ibubapa harus sentiasa belajar dan mencari ilmu untuk memberi didikan yang terbaik demi si kecil ini..Anak ibarat kain putih yang bersih dan suci. Kita sebagai ibubapalah yang mencorak kain putih tersebut..
Teruskan berdoa dan mengharap kepada Allah SWT smoga anak-anak kita menjadi anak yang dibanggakan oleh ibubapanya..Amiinn..
2/2/12
During My 34 Weeks of Pregnancy
Pejam celik pejam celik aku dah 34 minggu kehamilan!! Agak lama juga blog ini sunyi dan sepi. Namun jangan sangka aku juga sunyi dan sepi seperti nya.
34 minggu kehamilan, rasanya semua orang tahu perit payah pada peringkat ini.
Terima kasih buat suami tercinta Khairul Fahmi b Rosli yang banyak memberikan
sokongan fizikal dan mental dalam kepayahan ini.
Kaki sakit..bayi yang hampir mencecah 2KG ini di bawa ke hulu ke hilir. Namun semua itu tidak aku jadikan alasan untuk meneruskan tugasan harian ku. Waktu ini aku telah
mula mengambil cuti rehat dan balik ke Sabah. Ayah Insyirah pula jauh
di Sarawak. Tinggal lah ibu yang sarat ini bersama keluarga di Sabah melayan karenah anak kecil ini.
Cerita punya cerita, walaupun tengah sarat sekarang, perniagaan sambilan ini
masih aku teruskan. Kehamilan yang cuma tinggal 6 minggu ini aku gunakan sebaiknya.
Alhamdulillah walaupun baru beberapa bulan terlibat dalam bisnes ni, aku dapat rasa hasilnya.
Masa mula-mula nak join dulu, macam-macam alasan dalam fikiranku..
AKU MENGANDUNG..BAGAIMANA AKU NAK BUAT BISNES NI?
-
-
AKU ADA ANAK..ADA SUAMI..KONFEM TAK ADA MASA!!
-
-
AKU BEKERJA 8 AM-5PM..AISHH, TAK NAK LAH!!
-
-
AKU TAK PANDAI CAKAP DENGAN ORANG SANGAT..MANA BOLEH BUAT BISNES NI
-
-
AKU TAK PANDAI BISNES LAH!!
Tapi aku tolak ke tepi semua alasan itu. Bagi aku BIARLAH AKU BERKORBAN
MASA DAN TENAGA SEKARANG daripada aku terkorban di masa akan datang.
Pengorbanan yang sedikit pada hari ini akan membuahkan hasil yang lebih banyak di kemudian hari..INSYAALLAH!!!
Tuhan berikan kita masa yang sama 24 jam sehari.. Jika kita katakan kita banyak komitmen, kita tiada masa, sebenarnya KITA MENIPU DIRI KITA SENDIRI.
Kenapa perlu bersembunyi di sebalik peluang yang Allah tunjukkan pada kita?? Setiap yang datang pada kita bukannya sia-sia..Tuhan dah rancang semua itu untuk kita..
Kepada sahabat-sahabat di luar sana, rebutlah peluang yang ada..lakukan
sedikit pengorbanan pada hari ini untuk mengecapi kebahagiaan pada masa akan datang.
Takkan kita nak berada di bawah payung yang sama selama berpuluh tahun tanpa sebarang perubahan??
TEPUK DADA..TANYA DIRI KITA SENDIRI..
BUKA MINDA..BUKA HATI..
PANDANG JAUH KE DEPAN..BUKAN PANDANG KE BELAKANG
Untuk perkongsian ilmu dan peluang, jangan segan atau malu untuk hubungi saya
011 12029596 or shazahra@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)