7/29/12

TEA PARTY BERSAMA PREMIUM BEAUTIFUL


Alhamdulillah..pada 24 Jun 2012 yang lepas, Tea Party Bersama Premium Beautiful berjaya kami laksanakan dengan jayanya, bertempat di No26, Lorong Simpor 6,Taman Trinora Kuching Sarawak.


sesi 'sharing' tentang kelebihan Premium Beautiful..bukan sahaja untuk kesihatan,tapi juga kecantikan

 sesi 'sharing' testimonial pengguna-pengguna Premium Beautiful


 ramai yang berminat tentang Premium Beautiful..penerangan lengkap oleh Dewi Nurhayatie Sulaiman, yang datang jauh dari Semenanjung.



baby Humairah pun turut beri sokongan pada ibu ;   )




 Insyirah sempat ambil gambar dengan auntie Dewi
(gambar tak clear)



Cupcake made by D'Honeyza cupcake. memang terbaik!! Fast service the cupcakes are so delicious.

Dari kiri: Aliffa Rafini, Shahneza Ahmad, Dewi Nurhayatie Sulaiman

InsyaAllah Tea Party untuk sesi kedua akan diadakan lagi kerana sesi pertama ramai yang ingin hadir tetapi terpaksa balik ke kampung..(seminggu sebelum puasa).
2nd session Tea Party is coming!!!!







7/22/12

Salam Ramadhan semua..



Semoga Ramadhan kita melakukan yang terbaik pada kali ini..lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Untuk pengetahuan semua, saya menyediakan 
- khidmat nasihat dan percubaan PERCUMA Premium Beautiful untuk kawasan sekitar Kuching, Kota
  Samarahan, Sarawak dan kawasan berhampiran.
- khidmat nasihat dan percubaan PERCUMA Premium Beautiful untuk kawasan Sandakan dan Kota
  Kinabalu , Sabah dengan kos penghantaran PERCUMA
khidmat nasihat dan percubaan PERCUMA Premium Beautiful untuk Semenanjung Malaysia dengan
  kos penghantaran PERCUMA.

Hubungi saya untuk tempahan dan maklumat lanjut.

3/23/12

GUANGZHOU OH GUANGZHOU!!!!

WOW!!! Tak sabar rasanya nak tunggu June 2012 untuk trip ke GUANGZHOU!!

Pernah dengar kan tempat bernama GUANGZHOU ni??
- bandar penuh cerita dan sejarah sejak 2800 tahun dahulu
- dinamakan FLOWER CITY disebabkan LONG SUMMER kat sana
- bandar penuh kehijauan dan bungaan sepanjang tahun!!
- tempat SHOPPING yang best!!!

 
GUANGZHOU pada waktu malam

 
GUANGZHOU OPERA HOUSE

 
Beautiful Night view - Guangzhou CantonTower

 
Guangzhou Teem Mall (shopping mall yg best!!)

Beijing Lu 
Beijing Lu (tempat shopping)

 
Flowers bloom with a rush in Shanmian because of recent warmth. 

Kepada rakan-rakan yang nak pegi trip ke GUANGZHOU ni dengan saya
-
-
secara PERCUMA
-
-
tiket flight dan hotel semua FREE
bawa duit untuk SHOPPING jerr
-
-
boleh bawa hubby masing2!!;-)
-
-
Join bulan ni dapat Premium Beautiful Corset FREE 1 set untuk diri sendiri
Bulan depan dapat bonus RM4500
Free Trip VIP ke Guangzhou on June 2012!!!
Jana side income (part time business) INSYAALLAH!!!
-
-
Pm or contact me 011-1202 9596
shazahra@yahoo.com

3/6/12

BERBAHAGIALAH MENJADI SEORANG IBU

Alhamdulillah sudah berada di minggu terakhir kehamilan. EDD adalah pada 11 March 2012 ini. Dalam kerisauan dan hati yang berdebar-debar,tiba-tiba teringat tentang kelahiran anak pertama ku..Syifa' Insyirah bt Khairul Fahmi.

Walaupun kelahirannya secara LCSC (secara pembedahan dalam bahasa mudah), aku bersyukur kerana melahirkan anak yang sihat, bijak, dan semakin matang dengan dunia sekelilingnya. Kesakitan selama 8 jam yang aku alami semasa kelahirannya terasa berbaloi kerana membuktikan aku sudah pun menjadi SEORANG IBU pada hari ini.




Khalifah Allah lahir pada 25 Julai 2009


Semoga hidupnya sentiasa mendapat rahmat Illahi


Hadirnya dirimu memberi kebahagiaan kepada ayah dan ibu


Thank ibu kerana mengandungkan dan melahirkan Syifa' Insyirah


Semoga Insyirah menjadi anak yang solehah..Amiinn..


Macam ustazah pulak Syirah


Jom ayah jalan-jalan


Lepas dah bosan main itik, main panda plak..


Jom menari...


Cantik tak gigi saya?


Bakal pemimpin yang berfikiran jauh..

 
Inilah Insyirah pada hari ini..semakin dewasa walaupun pada usia 2 tahun 7 bulan


Insyirah..
              Harapan ayah dan ibu supaya Insyirah dapat menjadi anak yang baik, solehah, taat pada perintah Allah, terhadap agama, ibubapa dan orang tua..Ayah dan ibu juga berdoa Insyirah dapat jadi orang yang berguna pada masa depan.

Semoga kelahiran anak kedua ini nanti akan membawa lagi sinar lebih kebahagiaan dalam hidup kami.


Kepada pembaca, anak itu merupakan anugerah yang terhebat dari Pencipta..maka kita sebagai ibubapa harus sentiasa belajar dan mencari ilmu untuk memberi didikan yang terbaik demi si kecil ini..Anak ibarat kain putih yang bersih dan suci. Kita sebagai ibubapalah yang mencorak kain putih tersebut..

Teruskan berdoa dan mengharap kepada Allah SWT smoga anak-anak kita menjadi anak yang dibanggakan oleh ibubapanya..Amiinn..










2/2/12

During My 34 Weeks of Pregnancy


Pejam celik pejam celik aku dah 34 minggu kehamilan!! Agak lama juga blog ini sunyi dan sepi. Namun jangan sangka aku juga sunyi dan sepi seperti nya.
34 minggu kehamilan, rasanya semua orang tahu perit payah pada peringkat ini.
Terima kasih buat suami tercinta Khairul Fahmi b Rosli yang banyak memberikan
sokongan fizikal dan mental dalam kepayahan ini.



Kaki sakit..bayi yang hampir mencecah 2KG ini di bawa ke hulu ke hilir. Namun semua itu tidak aku jadikan alasan untuk meneruskan tugasan harian ku. Waktu ini aku telah
mula mengambil cuti rehat dan balik ke Sabah. Ayah Insyirah pula jauh
di Sarawak. Tinggal lah ibu yang sarat ini bersama keluarga di Sabah melayan karenah anak kecil ini.



Cerita punya cerita, walaupun tengah sarat sekarang, perniagaan sambilan ini
masih aku teruskan. Kehamilan yang cuma tinggal 6 minggu ini aku gunakan sebaiknya.
Alhamdulillah walaupun baru beberapa bulan terlibat dalam bisnes ni, aku dapat rasa hasilnya.
Masa mula-mula nak join dulu, macam-macam alasan dalam fikiranku..

AKU MENGANDUNG..BAGAIMANA AKU NAK BUAT BISNES NI?
-
-
AKU ADA ANAK..ADA SUAMI..KONFEM TAK ADA MASA!!
-
-
AKU BEKERJA 8 AM-5PM..AISHH, TAK NAK LAH!!
-
-
AKU TAK PANDAI CAKAP DENGAN ORANG SANGAT..MANA BOLEH BUAT BISNES NI
-
-
AKU TAK PANDAI BISNES LAH!!

Tapi aku tolak ke tepi semua alasan itu. Bagi aku BIARLAH AKU BERKORBAN
MASA DAN TENAGA SEKARANG daripada aku terkorban di masa akan datang.
Pengorbanan yang sedikit pada hari ini akan membuahkan hasil yang lebih banyak di kemudian hari..INSYAALLAH!!!


Tuhan berikan kita masa yang sama 24 jam sehari.. Jika kita katakan kita banyak komitmen, kita tiada masa, sebenarnya KITA MENIPU DIRI KITA SENDIRI.
Kenapa perlu bersembunyi di sebalik peluang yang Allah tunjukkan pada kita?? Setiap yang datang pada kita bukannya sia-sia..Tuhan dah rancang semua itu untuk kita..

Kepada sahabat-sahabat di luar sana, rebutlah peluang yang ada..lakukan
sedikit pengorbanan pada hari ini untuk mengecapi kebahagiaan pada masa akan datang.
Takkan kita nak berada di bawah payung yang sama selama berpuluh tahun tanpa sebarang perubahan??


TEPUK DADA..TANYA DIRI KITA SENDIRI..
BUKA MINDA..BUKA HATI..
PANDANG JAUH KE DEPAN..BUKAN PANDANG KE BELAKANG


Untuk perkongsian ilmu dan peluang, jangan segan atau malu untuk hubungi saya
011 12029596 or shazahra@yahoo.com


1/2/12

FINANCIAL FREEDOM


Semua kita memang inginkan financial freedom. tapi masih tercari-cari akan caranya. Perniagaan adalah salah satu penyelesaian kerana 9/10 daripada rezeki itu adalah daripadanya.


Harga barang semakin meningkat. Perbelanjaan sekolah anak-anak bertambah setiap hari. Bil-bil air, elektrik perlu dibayar setiap bulan. Tetapi, gaji tak naik-naik juga. Cukup bulan, habis gaji. Simpanan tiada. Macam mana kita dapat hidup begini selama-lamanya?Apa akan jadi kepada kita jika suatu hari nanti kita tidak mampubekerja? Tidak ada insurans. Tidak ada pendapatan sampingan. Apa akan jadi pada anak-anak kita? Sekolah mesti diteruskan tetapi di mana kita nak cari wang? Sekarang ini, kerajaan melaung-laungkan teknologi maklumat.Kita hanya mampu mendengar saja. Hendak beli komputer pun kita tak mampu. Nak beli komputer cara ansuran, kita akan tambah hutang pula.



Hai, kalau begini buta ITlah anak-anak kita. Orang asing yang baru datang ke negara kita semalam telah kaya-raya. KENAPA?Mereka datang bukan saja bekerja buruh kontrak. Ada antara mereka berniaga. Orang India dan Pakistan jual kain. Kelmarin, mereka jalan kaki. Esok mereka tunggang motorsikal. Lusa, mereka pakai kereta. Tapi kita? Kita hanya mampu berangan-angan untuk kaya. Ambil nombor dengan harapan mengena. Orang asing ligat berniaga. Mereka kaya. Kita masih bergelut dengan masalah kewangan. Nampaknya, kita akan merempatlah di bumi sendiri.


Harga barang semakin meningkat. Perbelanjaan sekolah anak-anak bertambah setiap hari. Bil-bil air, elektrik perlu dibayar setiap bulan.Gaji naik..tapi sikit, cukup bulan, habis gaji. Simpanan tiada. Macam mana kita d
apat hidup begini selama-lamanya?Apa akan jadi kepada kita jika suatu hari nanti kita tidak mampu bekerja? Tidak ada insurans. Tidak ada pendapatan sampingan. Apa akan jadi pada anak-anak kita? keluarga kita? fikirkanlah..


Jangan bergantung di COMFORT ZONE sahaja..kerana dengan usaha kita hari ini, pengorbanan hari ini..kita akan duduk semula di COMFORT ZONE itu dalam kegembiraan:)

Mahukah anda mendapatkan pendapatan seperti anda bekerja 8 jam sehari sedangkan anda hanya bekerja selama 2 jam sahaja?
-
-
-
Mahukah anda sendiri yang menentukan jumlah pendapatan yang akan anda peroleh?
-
-
-
Mahukah anda bebas daripada masalah kewangan selama-lamanya?
-
-
-
Mahukah anda mendapatkan keuntungan segera tanpa perlu menunggu cukup bulan?
-
-
-
Mahukah anda mempunyai wang yang lebih supaya anda dapat melancong, membeli barangan idaman anda selama ini?
-
-
-
Saya yakin kita semua mahu..jadi mulakan perubahan hidup
kita sekarang

InsyaAllah perubahan yang anda buat pada
hari ini akan bantu keluarga anda dan juga
orang lain.

Bonus pertama RM4500
Free VIP Trip
Teamwork business
Up tp 5-6 figure income per month
Your Time Your Business

do contact me 011 12029596
shazahra@yahoo.com



1/1/12

Putihkan Jiwamu Dengan Kasih Suci

Tahun 2012 kini tiba..terlalu banyak perancangan di dalam sudut minda ku..perancangan sebagai seorang ibu..seorang isteri..seorang penjawat awam..seorang anak..seorang usahawan. Satu persatu aku senaraikan agar semuanya dapat ku laksanakan dengan sempurna. Siapa yang tidak mahu menjadi yang terbaik untuk semua orang.

Setiap kali puteri kecil ku tidur lena, sayu hatiku melihatnya..bukan sayu kesedihan tetapi sayu yang membuatkan aku lebih kuat untuk berjuang demi masa depannya. Kehidupan sekarang yang terlalu banyak pancaroba..aku harus memberikan pendidikan, kasih sayang dan ilmu yang terbaik kepada anak-anak ku..lebih baik daripada apa yang aku miliki selama ini..

Dengan itulah walau dengan kesibukan bekerja seharian..balik rumah masak dan mengemas rumah, aku tetap kuatkan hati untuk mencari rezeki yang lebih..untuk memberikan yang terbaik untuk insan-insan kesayangan ku. SUAMI..ANAK..MAK dan ABAH ku..aku tidak mahu aku masih di tahap ini sampai bila-bila..sampai pencen hanya mengharap gaji setiap bulan.

Alhamdulillah awal tahun ini banyak perkara yang aku nantikan:
1) pindah ke rumah baru
2) kelahiran anak ke 2 ku
3) free trip ke vietnam (bisnes trip)
4) bonus hasil bisnes yang aku buat sekarang
5) award SM/SSM 2012 (business award)

Untuk puteri kesayangan ku..Syifa' Insyirah bt Khairul Fahmi..setiap kali meihat wajahmu..hati ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu..semoga apa yang ibu usahakan ini..di redhai Allah dan kau akan membesar dengan penuh ilmu dunia dan akhirat..



Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa
Ku di sini mendampingi agar kau mengerti

Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai

Andai kucapai si pelangi
Akan kuserah kepadamu
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

Kuterima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya

Ku bersyukur pada Yang Esa
Punya segala-galanya
Sederhana tapi oh sempurna
Oh oh oh...

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti

Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci