Alhamdulillah sudah berada di minggu terakhir kehamilan. EDD adalah pada 11 March 2012 ini. Dalam kerisauan dan hati yang berdebar-debar,tiba-tiba teringat tentang kelahiran anak pertama ku..Syifa' Insyirah bt Khairul Fahmi.
Walaupun kelahirannya secara LCSC (secara pembedahan dalam bahasa mudah), aku bersyukur kerana melahirkan anak yang sihat, bijak, dan semakin matang dengan dunia sekelilingnya. Kesakitan selama 8 jam yang aku alami semasa kelahirannya terasa berbaloi kerana membuktikan aku sudah pun menjadi SEORANG IBU pada hari ini.
Khalifah Allah lahir pada 25 Julai 2009
|
Semoga hidupnya sentiasa mendapat rahmat Illahi |
|
Hadirnya dirimu memberi kebahagiaan kepada ayah dan ibu |
|
Thank ibu kerana mengandungkan dan melahirkan Syifa' Insyirah |
|
Semoga Insyirah menjadi anak yang solehah..Amiinn.. |
|
Macam ustazah pulak Syirah |
|
Jom ayah jalan-jalan |
|
Lepas dah bosan main itik, main panda plak.. |
|
Jom menari... |
|
Cantik tak gigi saya? |
|
Bakal pemimpin yang berfikiran jauh.. |
Inilah Insyirah pada hari ini..semakin dewasa walaupun pada usia 2 tahun 7 bulan
Insyirah..
Harapan ayah dan ibu supaya Insyirah dapat menjadi anak yang baik, solehah, taat pada perintah Allah, terhadap agama, ibubapa dan orang tua..Ayah dan ibu juga berdoa Insyirah dapat jadi orang yang berguna pada masa depan.
Semoga kelahiran anak kedua ini nanti akan membawa lagi sinar lebih kebahagiaan dalam hidup kami.
Kepada pembaca, anak itu merupakan anugerah yang terhebat dari Pencipta..maka kita sebagai ibubapa harus sentiasa belajar dan mencari ilmu untuk memberi didikan yang terbaik demi si kecil ini..Anak ibarat kain putih yang bersih dan suci. Kita sebagai ibubapalah yang mencorak kain putih tersebut..
Teruskan berdoa dan mengharap kepada Allah SWT smoga anak-anak kita menjadi anak yang dibanggakan oleh ibubapanya..Amiinn..
No comments:
Post a Comment