12/20/11

Permulaan adalah segalanya...

"Alaa...buat apa join bisnes ni..buang masa dan memenatkan saja.."...
"Takde modal la nak mulakan bisnes..lagipun saya bukan jenis pandai bercakap dgn orang. "
"Saya tak minat sangat nak buat bisnes macam ni "

Terlalu banyak alasan dalam hati untuk memulakan sesuatu perkara yang baik. Tetapi bagi aku semua itu karut..perlu dibuang jauh-jauh dari hidup ini jika mahu BERJAYA!ini adalah kali kedua aku terlibat dalam bisnes..setelah kecundang untuk kali pertama..tapi melihat keperluan kewangan pada zaman moden ni, anak akan bertambah..keinginan nak pakai itu ini bertambah ,aku kuatkan hati untuk bangun kali ke-2! Walaupun kerja sepanjang hari, namun adakalanya jumlah wang kertas yang ada masih tidak mencukupi.

Aku tak kisah apapun pendapat orang lain..yang penting aku mencari rezeki yang halal dengan usaha yang gigih.demi anak2..aku akan tempuh apa jua rintangan untuk berjaya dalam bisnes ini.

Thanx to my beloved husband, Khairul Fahmi Rosli yang memberi dorongan untuk aku bangun semula.!!

And to my beloved daughter, Syifa Insyirah and future baby, (akan deliver on March 2012). .demi kamu semua ,ibu akan buat apa sahaja.

No comments:

Post a Comment